Tauhid Af'al
Bab Pada Menyatakan
Beberapa Fahaman Atas Wahdatul Af'al
Petikan dari Kitab Durun Nafis
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي خصّ
علماءَ أهل السنة بحمل راية التوحيد وعقيدة الإسلام
ووفقهم لردّ كل شبهة
وضلالة يذيعها المبتدعة بين العوام
وصلى الله وسلم على
سيدنا محمد مَن كشف الله به الدجى ومحا الظلام
أما بعد
Alhamdulillah berkesempatan aku terjemahkan ke tulisan rumi
petikan dari kitab Durun Nafis pada bab membicarakan Wahdatul Af'al atau Tauhid
Af'al semoga menjadi menafaat buat kita semua . Insyaallah. Tulisan bold di
bawah adalah teks asal sperti dalam kitab yg di scan manakala tulisan normal
selepasnya adalah penjelasan-penjelasan agar lebih mudah faham bagi mereka yang
kurang mahir dengan lengguk bahasa melayu lama. Aku akan cuba menterjemahkan
lagi beberapa bab yang penting seperti bab Wahdatul Zat, Wahdatul Sifat dan
Wahdatul Asma' insyaallah .
(Bahawasanya barang yang dibukakan atas segala hati
orang yang arif dalam dunia ini hanyasanya baharu setengah daripada barang yang
disediakan oleh Allah Ta'ala kepada mereka itu di dalam akhirat kerana
memuliakan mereka itu di dalam dunia ini.)
Terjemahan dan Penjelasan:
Terbukanya hijab oleh Allah Ta'ala ke atas hati orang-orang
arifin billah di dunia ini lagi sebelum mati adalah sebagai satu tanda Allah
Ta'ala memuliakan mereka di dunia lagi dan ianya hanyalah sebahagian/sedikit
dari kurniaan yang Allah Ta'ala akan berikan di alam akhirat untuk menunjukki
betapa besar anugerahNYA keatas mereka itu. Maksud terbuka hijab di sini adalah
pembukaan hijab yang 'Hak' bukannya pembukaan hijab yang disandarkan kepada
keupayaan jin (kasyaf jin) atau makhluk (iblis & syaitan) selain Allah
Ta'ala m seumpama melihat alam-alam ghaib oleh bomoh yang bathil. Keupayaan dan
pemberian yang bathil ini dikenali sebagai istidraj yang mana ianya bukan
anugerah Allah Ta'ala ke atas Aulia'-Aulia'NYA tetapi pemberian yang menjauhkan
diri dari Jalan Kebenaran. Amat Jauh Berbeza sekali berbanding dengan anugerah
Allah Ta'ala ke atas para-para Ariffin billah dan Aulia'-Aulia'NYA. Dengan
panduan guru mursyid sesorang murid salikin akan dipimpin dan memahami antara
Kasyaf Hak dan Kasyaf Bathil)
Wallahu A'lam . Intaha.
(Hai saudaraku takut oleh mu daripada bahawasanya lupa
engkau daripada memandang Wahdatul Af'al yang ia menyampaikan akan dikau kepada
memandang keelokkan yang wajibal wujud . Dan takut oleh mu daripada bahawa
bangsakan pada mengadakan satu perbuatan ada ia.)
Terjemahan dan Penjelasan:
Takutilah/risaulah/waspadalah wahai pembaca sekelian .
Apabila kamu lupa memandang segala perbuatan diri mu ini pada hakikatnya terbit
daripada perbuatan Allah Ta'ala yang menyampaikan kepada memandang /syuhud akan
zat Allah Ta'ala yang wajib ujudNYA, sebenarnya adalah lupamu itu semata-mata
kerana memandang segala perbuatanmu itu adalah terbit dari perbuatan dirimu
sendiri.
Apabila Allah Ta'ala belum menghendaki terbuka hijab kamu
memandang akan Af'al NYA kamu terus dilupakan dan dilalaikan memandangnya.
Walau pun kamu berusaha untuk mengingatnya , tetapi apabila Allah Ta'ala
menghendaki terbukanya hijab itu IA akan mempermudahkan jalan bagimu . Carilah
Wasilah atau Jalan Tawasul melalui keberkatan yang Allah Ta'ala limpahkan ke
atas guru yang memimpin rohanimu itu. Barakallahu fikum .
(tanbih ya ikhwani) ertinya ini suatu perkataan yang menjaga
hai segala saudaraku.
(Bermula hasil kata Syeikh Wahhab Sha'rani Qaddasallahu
Sirrihi (Semoga Allah mensucikan Ruh/Sirr nya) syarahnya di dalam kitab Al
Jauhar Wad Durur ia menukil daripada perkataan Syeikh Muhyiddin Ibn Arabi
radiallahu anhu. Bermula segala akuan ini sekelian dinding yang mendindingi
daripada memandang hak Allah Ta'ala padahal Hak Allah Ta'ala jua yang berbuat
ia di sebalik hijab akuan ini tetapi diri akuan ini tiada ia mendindingi akan
kita daripada memandang Allah Ta'ala. Dan adalah misalnya seperti bayang-bayang
kayu di dalam air itu tiada ia menegahi lalu perahu hanya sanya yang mendidingi
itu pada sangkaan kita kepadanya jua. )
Terjemahan dan Penjelasan:
Keakuanmu itu adalah memandang ujud perbuatan diri mu dan
itu adalah dinding yang menghijab kamu daripada memandang perbuatan Hak Allah
Ta'ala , pada hakikatnya Hak Allah Ta'ala yang memperbuatkan segala sesuatu di
sebalik hijab keakuanmu itu . Keakuanmu itu tidak mendindingimu daripada memandang
perbuatan Hak Allah Ta'ala namun kamu masih terdinding.
Pengarang kitab ini memberi misal perumpamaan seperti
'bayang-bayang kayu' di dalam air yang dilihat seolah-olah menghalang laluan
perahu/sampan di atas air padahal ianya cuma pada sangkaanmu jua. Apabila kamu
melalui laluan itu ternyata bayang-banyang kayu itu tidak mengahalangi
perjalanan perahu tersebut.
Adakah
bayang-bayang yang menghalang ini benar-benar wujud dan menghalang perjalanan
dan mujahaddah rohani mu ??
AWAS
!!!
Halangan
di bawah ini adalah realiti bukan bayangan . Apakah kamu dapat membezakannya
???
(Dan pandang kita kepadaNYA jua dan barangsiapa yang
terbuka daripadanya hijab itu nescaya dilihatnya segala yang memperbuatkan
perbuatan itu Allah Ta'ala sendirinya dan barangsiapa tiada terbuka hijab itu
terdindinglah ia dengan akuan ini daripada memandang fa'il yang hakiki yakni
yang berbuat yang sebenar iaitu Allah Ta'ala.)
Terjemahan dan Penjelasan:
Maka hendaklah kamu memandang akan segala perbuatan Allah
Ta'ala yang terbit pada dirimu dan pada sekelian alam yang kabir (besar) .
Barangsiapa yang dibukakan Allah Ta'ala akan hijabnya ini maka nescaya dapat
melihat akan segala perbuatan itu terbitnya daripada perbuatan Allah Ta'ala
semata-mata, yakni DIA yang memperbuatkan akan segala perbuatan pada
hakikatnya.
Dan sampailah kamu kepada makam mentauhidkan Af'al Allah
subhanahu Wa Ta 'ala. Tempuh rasa di tahap ini mungkin sekejap dan mungkin lama
berbeza-beza ia sekadar mana yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Fana di
dalam Af'al Allah Ta'ala ini merupakan suatu intipati ibadah yang sangat tinggi
di sisi Allah Ta'ala sebagaimana diriwayatkan di dalam beberapa hadis di mana
barangsiapa yang berfikir/fana sesaat adalah lebih baik daripada 70 tahun , 100
tahun dan juga menyebut 1000 tahun ibadah sunat. Semuanya bergantung kepada
tahap2 fana seseorang itu.
Sebaliknya barangsiapa yang tidak dibukakan hijabnya maka
terdindinglah ia daripada penglihatan tersebut kerana masih memandang wujud
dirinya dan hasil perbuatan dirinya sendiri. Dan terdindinglah ia daripada
melihat hakikat segala perbuatan itu daripada perbuatan Allah Ta'ala.
(Maka tiap-tiap mazhab kaum pada perbuatan hamba itu
adalah 4 mazhab.)
Fahaman atas perbuatan hamba itu terbahagi kepada 4 Mazhab.
(Pertama kaum yang tiada mengetahui mereka itu akan
bahawasanya Allah Ta'ala yang berbuat akan segala perbuatannya itu dan hanya
diiktikadkannya oleh mereka itu bahawasanya yang berbuat segala perbuatan yang
baharu itu hamba jua dan adalah qudrat hamba jua dan adalah qudrat hamba yang
baharu itu memberi bekas ia pada segala perbuatan hamba yang baharu itu maka
itu mazhab muktazilah yang bid'ah lagi fasik.)
Terjemahan dan Penjelasan:
Mazhab yang pertama dalam memahami perbuatan hamba ialah
Mazhab Muktazilah yang bid'ah lagi fasik. Kaum ini tidak berpegang kepada
bahawasanya Allah Ta'ala yang melakukan dan menzahirkan segala perbuatan tetapi
beriktikad bahawa segala perbuatan itu adalah terhasil daripada qudrat hamba
yang baharu lagi memberi bekas. tanpa perganmtungan kepada Allah Ta'ala.
Contohnya , seseorang telah berusaha dalam mencari rezeki dan memperolehi
kekayaan yang banyak. Atas fahaman Muktazilah ialah kekayaan yang diperolehi
itu adalah hasil bekas daripada usaha seseorang itu bukannya daripada Allah
Ta'ala. Fahaman ini seolah-olah hamba sudah putus dan tidak ada pergantungan
kepada Allah Ta'ala hanya bergantung kepada hasil usahanya sendiri.
(Kedua mazhab jabariah, iaitu kaum yang mengetahui mereka
itu dan memandang mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya
daripada Allah Ta'ala sendirinya dan keraslah atas mereka itu memandang akan
segala perbuatan itu daripada Allah Ta'ala sendirinya dan tiada sampai mereka
itu kepada yang menyandar akan segala perbuatan itu bagi hamba kerana kurang
daripada mereka itu darjat kamal maka tersalahlah mereka daripada jalan
syariaat dengan sebab tiada menyandar kan segala perbuatan hamba itu kepada
mereka itu maka iaitu iktikad zindik.)
Terjemahan dan Penjelasan:
Mazhab yang pertama dalam memahami perbuatan hamba ialah
mazhab Jabariah iaitu iktikad yang zindik. Kaum Jabariah berpegang dengan
iktikad bahawa tiap-tiap saegala perbutaan itu terbit dari Allah Ta'ala samaada
baik atau jahat sedangkan hamba itu ibarat debu ditiup angin tidak mempunyai
usaha dan ikhtiar. Maka menyandarkan segala perbuatan maksiaat mereka juga
kepada Allah Ta'ala kerana sifat darjat mereka yang rendah dan banayak
menyalahi hukum-hukum syariaat. Fahaman ini seolah-olah menyalahkan segala
perbuatan maksiaat yang dilakukan oleh mereka kepada Allah Ta'ala tiada bagi
mereka usha dan ikhtiar untuk menjauhi perbuatan maksiaat tersebut. Itulah
sebabnya Iktikad Jabariah ini dihukumkan iktikad yang zindik.
(Ketiga kaum yang mengetahui mereka itu akan bahawasanya
segala perbuatan sekeliiannya daripada Allah Ta'ala tetapi ada bagi hamba itu
usaha dan ikhtiar dan dengan keduanya itulah hamba memperbuatkan segala
perbuatannya dan keduanya tempat taaluk hukum syarak tetapi keduanya itu tidak
sekali-kali memberi bekaspada perbuatan yang baharu hanya memberi bekas itu
Allah Ta'ala sendirinya jua. Maka iaitu iktikad Asya'ariah iktikad yang ma'abud
yang selamat daripada bahaya dunia dan akhirat. Tetapi tiada sampai mereka itu
kepada martabat kkasyaf kerana terdinding mereka itu dengan sebab makna usaha
danikhtiar daripada hamba jua tiada dipandang akan segala pebuatan itu daripada
Allah Ta'ala sendirinya. Maka tiap-tiap daripada thoifah yang 3 ini atas
penglihatnya itu. (Ghusyawat) yakni dinding yang menuntut daripada sampai
penglihat mereka itu daripada memandang wahdatul Af'al . Selama-lamanya mereka
itu dalam dinding yang tertutup tiada sampai kepada makam kasyaf dan musyahadah
dan mukhafafah.)
(Keempat mzhab Ahlul Kasyaf, yakni orang yang terbuka
pada mereka itu dinding iaitu kaum yang memandang akan kejadian segala
perbuatan daripada Allah Ta'ala dan kesandarannya itu daripada hamba misalnya
seperti qalam orang yang menyurat adalah yang menjadikan huruf itu orang yang
menyurat jua dan qalam itu menjadi alat persandaran menyurat jua. Dan adalah
hamba itu seperti qalam tiada baginya perbuatan dan yang memperbuat itu orang
yang meyurat jua. Wallahu A'lam. Yakni segala yang berlaku di dalam segala alam
ini Allah Ta'ala jua yang menjadikan ia.) Intaha.
Bersambung ....